
PM zahir ucapan takziah atas pemergian Abdul Wahab
KUALA LUMPUR, 11 Jan – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Setiausaha Akhbar Menteri Besar Pahang Datuk Abdul Wahab Mohamad Ali yang meninggal dunia pada 5.42 petang tadi.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” kongsi Perdana Menteri dalam ‘Facebook story’ beliau malam ini.
Abdul Wahab, 61, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, dipercayai akibat kanser darah.
Berita pemergian beliau disahkan oleh wakil Pejabat Menteri Besar Pahang menerusi kenyataan ringkas di aplikasi WhatsApp kepada media hari ini.
Abdul Wahab, yang bersara pilihan daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada 1 Jun 2006, meninggalkan seorang isteri, dua anak perempuan serta sepasang cucu.
Sepanjang kerjayanya sebagai setiausaha akhbar, Allahyarham pernah berkhidmat untuk tiga Menteri Besar Pahang iaitu Tun Mohd Khalil Yaakob pada 1995, Datuk Seri Adnan Yaakob bermula 1999 disusuli Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dari tahun 2018 hingga kini.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JUMLAH MANGSA BANJIR DIJANGKA MENINGKAT
MERLIMAU 6 Mac - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka menjangkakan jumlah mangsa terjejas banjir di negeri ini akan meningkat...
RELA JUAL RUMAH ASALKAN ANAK SIHAT
KESIDANG 6 Mac - Berkira-kira untuk menjual kediaman kini menjadi tempat berteduh, antara ikhtiar akhir pasangan ini demi melihat puteri...
DUA INDIVIDU RUGI LEBIH RM400,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 6 Mac - Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan...
KERAJAAN NEGERI JAMIN KESELESAAN MANGSA BANJIR DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Kerajaan Negeri memberi jaminan semua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini diuruskan dengan baik bagi...
IBU DAN BAYI 21 HARI TERPAKSA BERPANTANG DI PPS
MERLIMAU 6 Mac - Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum...
LELAKI DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN KES PENEMUAN PELURU
GEORGE TOWN 6 Mac - Seorang lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih...