
PM wakili Keluarga Malaysia ucap takziah kepada keluarga adik Rayan
MELAKA 6 Feb – Insiden menimpa kanak-kanak lelaki dari Maghribi yang menggemparkan dunia turut mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri dalam satu kenyataan meluahkan rasa sedih di atas tragedi menimpa Rayan Oram, 5, yang terperangkap selama lima hari dalam sebuah lubang sempit sedalam 32 meter sebelum meninggal dunia selepas dibawa keluar.
“Sedih mendengar berita yang menyayat hati tentang kematian Rayan Oram yang disahkan oleh Istana Diraja Maghribi.
“Kanak-kanak berusia 5 tahun itu terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter selama 5 hari di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan berbukit dekat Chefchaouen, utara Maghribi.
“Saya dan seluruh keluarga Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya.
“Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....
KETUA MENTERI ‘TERJAH’ BAZAR RAMADAN TAMAN RAMBAI JAYA
PAYA RUMPUT 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, hari ini, membuat lawatan mengejut ke Bazar...
1,750KG BERAS TIADA LABEL GRED DAN HARGA DIRAMPAS DI SKUDAI
JOHOR BAHRU 13 Mac - Polis bersama pihak Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Johor merampas 1,750 kilogram beras dalam...
‘NO RIGHT TURN’ SIMPANG TAMAN BOTANIKAL DALAM PERCUBAAN
AYER KEROH 13 - Inisiatif ‘No Right Turn’ (NRT) telah dilaksanakan di persimpangan Taman Botanikal, Ayer Keroh bagi tempoh percubaan...
‘SNOW WORLD’ BERTEMAKAN WARISAN SEJARAH DI MELAKA
AYER KEROH, 13 Mac - Mahu menikmati asam pedas, melawat lokasi bersejarah dan merasai suasana kampung antara daya penarik menggamit...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI
AYER KEROH 12 Mac - Jumlah pengunjung ke Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri di perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda...