
PM umum peruntukan RM1 juta kukuh kerjasama media Malaysia-Indonesia
BANDA HILIR 29 Mei – Kerajaan mengumumkan peruntukan RM1 juta kepada Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu bertujuan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan mengukuh hubungan media Malaysia-Indonesia serta negara-negara jiran lain yang sudah terjalin sekian lama.
“Media Malaysia dan Indonesia perlu berperanan lebih strategik bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.
“Diharapkan, dengan peruntukan ini, ISWAMI dapat merancang program kerjasama media kedua-dua negara seperti pertukaran wartawan, seminar, forum, bengkel dan webinar yang berupaya meningkatkan ilmu para pengamal media, selain menjadi jambatan dalam isu-isu berkepentingan bersama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di Hotel Hatten, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...