
PM ucap tahniah kepada Jong Yee Khie, rangkul pingat perak di sukan Paralimpik Tokyo 2020
KUALA LUMPUR 30 Ogos- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie yang merangkul pingat perak dalam acara lelaki 107 kilogram di sukan Paralimpik Tokyo 2020, pagi tadi.
Menerusi akaun Facebook miliknya, Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada barisan kejurulatihan dan seluruh kontinjen Malaysia yang memainkan peranan menyumbang pingat buat negara pada temasya kali ini.
“Perak untuk Malaysia!. Terima kasih Jong Yee Khie kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat perak bagi acara powerlifting kategori 107kg lelaki dengan angkatan seberat 237kg.
“Anda telah berjaya menyahut cabaran untuk memastikan Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo.
“Penghargaan yang sama buat jurulatih dan seluruh kontinjen Malaysia,” katanya.
Biarpun terlepas angkatan pertama 230 kg, Yee Khie berjaya mengangkat bebanan 237 kg pada angkatan kedua.
Peserta pilihan yang juga pemegang rekod duna, Enkhbayar Sodnompiljee dari Mongolia membawa pulang emas menerusi angkatan 245 kg manakala atlet Iran, Razi Saman meraih gangsa dengan angkatan 231 kg.
Ini pingat kedua diraih kontinjen Malaysia di Tokyo selepas Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas acara powerlifting 72kg lelaki.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IBU DAN ANAK CEMAS, JARI TERSEPIT RANTAI BASIKAL
MERLIMAU 12 April - Seorang ibu dan anak lelakinya berusia 6 tahun berdepan detik cemas apabila jari telunjuk mereka tersepit...
CURI MOTOSIKAL UNTUK BELI DADAH, TIGA SEKAWAN DICEKUP
BEMBAN 12 April - Hajat tiga sekawan untuk membeli dadah selepas mencuri sebuah motosikal Yamaha 125ZR tidak kesampaian apabila kesemua...
DATANG ‘OPEN HOUSE’ ASAHAN BAWA PULANG MOTOSIKAL
ASAHAN 12 April - Sebanyak empat buah motosikal sebagai hadiah cabutan bertuah menjadi antara tarikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan...
TUN DR. MOHD ALI MERIAHKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI UNIMEL
KUALA LINGGI 11 April - Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Mohd Rustam hadir bagi memeriahkan Majlis Sambutan...
MELAKA ALU-ALUKAN LEBIH RAMAI PELABUR CHINA, MAHU JADI ‘SEMI INDUSTRIAL STATE’
AYER KEROH 11 April - Kerajaan Melaka amat mengalu-alukan kedatangan pelabur yang berpotensi khusus dari China, bagi merancakkan lagi pertumbuhan...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...