
PM ucap tahniah kepada Harimau Malaya
Perdana Menteri berharap aksi sama dapat dipamerkan skuad kendalian Kim Pan Gon itu, apabila bertemu Tajikistan pada perlawanan akhir, Ahad ini.
“Ayuh Keluarga Malaysia, sama-sama kita terus memberi sokongan kepada skuad Harimau Malaya untuk menjulang Piala Raja Thai!,” katanya dalam catatan di Facebook.
Pada perlawanan di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, Thailand, malam semalam, La’Vere Corbin-Ong berjaya meletakkan Malaysia di hadapan, sebelum Thailand menyamakan kedudukan menerusi Pansa Hemviboon pada minit akhir 90 minit perlawanan dan memaksa pemenang perlawanan ditentukan menerusi sepakan penalti.
Dijadual berlangsung di venue sama Ahad ini, skuad negara bakal berdepan Tajikistan pada final Piala Raja Thailand selepas pasukan itu menewaskan Trinidad & Tobago dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Malaysia pernah menjulang piala berkenaan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan 1978. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BEKAS WARTAWAN MELAKA HARI INI MENINGGAL DUNIA
ALOR GAJAH 15 Mac - Bekas wartawan sambilan Melaka Hari Ini, Jaafar Neemat meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, hari...
TUJUH TERNAKAN DILELONG JIKA TIDAK DITUNTUT – MPAG
ALOR GAJAH 15 Mac – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menangkap tujuh ekor ternakan dikesan berkeliaran sekitar Taman Datuk Setia,...
MCMC FOKUS PERANGI ISU PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL
MACHAP JAYA 15 Mac - Isu penyalahgunaan media sosial seperti membuat hantaran jelik berkaitan isu 3R (Race, Religion dan Royalty)...
TANDA KASIH DAN SAYANG MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Seramai 120 anak yatim dan asnaf di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
225 PENIAGA TAWAR MENU RAHMAH DI BAZAR RAMADAN MELAKA
DUYONG 15 Mac - Seramai 225 peniaga secara sukarela mendaftar dan menawarkan menu bawah RM5 di tiga Bazar Ramadan RAHMAH...
HANYA 30 PERATUS RAKYAT MELAKA SELESA BERBELANJA CARA DIGITAL
DUYONG 15 Mac - Kerajaan Negeri akan terus memperkasa penggunaan transaksi digital tanpa tunai dalam kalangan pengguna Pasar Ramadan seluruh...