
PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM
KUALA LUMPUR 2 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Ismail Sabri mahu semua calon peperiksaan melakukan yang terbaik demi masa depan mereka.
“Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan. Pak Long sayang semua. All the best (selamat berjaya),” katanya.
Peperiksaan SPM yang akan berlangsung hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon dengan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu di 3,382 pusat peperiksaan seluruh negara.
– BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAKYAT MELAKA PERLU HAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA – TYT
SERI NEGERI 25 April - Penghayatan kepada prinsip Rukun Negara jelas merupakan kunci yang sentiasa perlu diingat dan dijadikan rujukan...
MELAKA BERPOTENSI JADI PENERAJU INDUSTRI AEROANGKASA
SERI NEGERI 25 April - Melaka berpotensi besar menjadi peneraju dalam sektor berteknologi tinggi dan industri aeroangkasa. Yang di-Pertua Negeri...
BENIH PADI MELAKA MENJAMIN SEKURITI MAKANAN NEGERI
SERI NEGERI 25 April - Melaka mengambil langkah proaktif untuk menjamin ekosisten sekuriti makanan dengan melancarkan benih padi Melaka bagi...
DUN BELIA PLATFORM ANGKAT SUARA ORANG MUDA
SERI NEGERI 25 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia akan menjadi platform inklusif dan progresif dalam mengangkat suara generasi...
MELAKA BERSEDIA HADAPI CABARAN EKONOMI SUSULAN TARIF BAHARU AS
SERI NEGERI 25 April - Melaka perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan cabaran ekonomi susulan tarif baharu Amerika Syarikat (AS)...
MELAKA DESTINASI PILIHAN PELABUR
SERI NEGERI 25 April - Kejayaan menarik pelaburan berkualiti, berimpak tinggi selari dengan kelestarian alam sekitar dan berupaya membuka banyak...