Sorting by

×

PM seru umat Islam hayati peristiwa Israk dan Mikraj

Masa Membaca:57 Saat

KUALA LUMPUR 11 Mac. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh umat Islam negara ini menghayati peristiwa Israk dan Mikraj walaupun sambutan pada tahun ini dalam suasana norma baharu susulan situasi COVID-19.

“Salam Israk Mikraj 1442H /2021M. Pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, tazkirah dan sebagainya.

“Situasi semasa COVID-19 menyaksikan sambutan ini terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana. Namun, saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh seluruh umat,” katanya dalam hantaran terbaharu di laman Facebooknya semalam.

Perdana Menteri berharap penghayatan terhadap peristiwa itu mampu menjadikan umat Islam sebagai manusia yang sentiasa berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Peristiwa Israk dan Mikraj yang akan disambut hari ini adalah peristiwa memuktamadkan kewajiban melaksanakan solat lima waktu bagi umat Islam selain Nabi Muhammad SAW dapat menyaksikan sendiri kebesaran Allah SWT.

Ia berlaku setahun sebelum Rasulullah SAW berhijrah dari Makkah ke Madinah yang kemudiannya menjadi model pengurusan pentadbiran Islam yang berjaya dalam perkembangan dakwah dan hubungan harmoni pelbagai agama.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1469
Kongsi :
Previous post Tidak wajar potong gaji MP, Senator biarpun Parlimen tidak bersidang
Next post Berang isteri tidak pulang, penganggur bakar kereta saudara
Ubah saiz-+=