
PM sertai Biden, pemimpin ASEAN pada hari terakhir sidang kemuncak khas ASEAN-AS
WASHINGTON DC, 13 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyertai Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan pemimpin ASEAN pada hari terakhir Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di sini pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).
Mereka akan bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan global dalam sesi yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang Jumaat (2.30 pagi Sabtu di Malaysia).
Sebelum itu, Ismail Sabri akan menghadiri majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Naib Presiden AS Kamala Harris dan mereka dijangka berbincang mengenai kerjasama maritim, kesihatan serta pemulihan pandemik.
Selepas itu, Harris dan pemimpin ASEAN akan meneruskan perbincangan dalam sesi berasingan serta memfokus kepada tindakan berkaitan isu perubahan iklim, transformasi tenaga bersih dan infrastruktur mampan.
Semua sesi pada hari terakhir persidangan dua hari itu akan berlangsung di Jabatan Negara AS di sini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...
PENSYARAH UITM MAUT MOTOSIKAL REMPUH LORI
JASIN 11 Mac - Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Jasin maut selepas motosikal ditungang terbabit kemalangan dengan sebuah lori...
MPAG EDAR LEBIH 800 BUNGKUS BUBUR LAMBUK
ALOR GAJAH 11 Mac - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengagihkan lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada orang ramai dan...