
PM sahkan sempadan negara akan dibuka tidak lama lagi
JOHOR BAHRU, 5 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan bahawa sempadan negara akan dibuka semula tidak lama lagi dan langkah ini membolehkan ahli Keluarga Malaysia yang sudah lama tidak bersua muka dapat pulang terutama ketika Aidilfitri pada Mei nanti.
Beliau berkata bagi membolehkan pergerakan keluar masuk antara Brunei dan Thailand, kerajaan juga sedang dalam proses melaksanakan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat bersama kedua-dua negara.
Berucap merasmikan pelancaran siri pertama Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) di Dataran Angsana di sini hari ini, Ismail Sabri berkata langkah itu sebagai menambah laluan VTL sedia ada melibatkan Singapura dan Indonesia yang masih dalam perancangan.
āBagi merancakkan semula kegiatan ekonomi dan pelancongan khususnya di Johor, Kerajaan Persekutuan melaksanakan skim VTL udara dan darat dengan Singapura mulai 21 JanĀ lepasĀ bagi memudahkan urusan pertemuan semula keluarga yang terpisah akibat pandemik COVID-19.
āSaya difahamkan seramai 200,000 rakyat Malaysia berulang-alik antara Singapura dan Johor. Mereka tidak perlu lagi menjalani kuarantin wajib di rumah kerana telah melaksanakan ujian saringan kesihatan sebanyak dua kaliĀ iaitu semasa bertolak dari negara luar dan semasa ketibaan di Malaysia,ā katanya.
Hari ini, media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan Perdana MenteriĀ dijangka mengumumkan tarikh pembukaan sempadan negara padaĀ minggu depan.
Menurut Khairy, mesyuarat Kabinet semalam sudah mencapai kata sepakat mengenai pembukaan sempadan negaraĀ dan kini menunggu hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri.
Sementara itu, Ismail Sabri yang berkunjung ke reruaiĀ Kementerian Sains, TeknologiĀ dan Inovasi (MOSTI) bersempena Jelajah AKMĀ turut berkesempatan melancarkan kibar mula Malaysia Techlympics 2022.
Ia adalah satu inisiatif pembudayaan sains, teknologi dan inovasi bagi memupuk penciptaan idea berinovasi selaras dengan agenda Malaysia ke arah negara berteknologi tinggiĀ seiring hasrat MOSTI untuk āMerakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi.
Bertemakan āConnect, Compete, Celebrate,ā bermula dari Mac hingga November 2022 MOSTI menganjurkan 25 pertandingan di bawah limaĀ kategori utama yang tertumpu kepada beberapa bidang antaranya kejuruteraan, pengkomputeran dan mikrokomputer, nano, Internet benda,Ā robotik, dron, sains, matematik, reka bentuk kreatif sertaĀ animasi selainĀ pencetakan dan pembangunan tiga dimensi,
Menurut kenyataan MOSTI, pada penghujung Malaysia Techlympics, sekurang-kurangnya 2,000 idea atau prototaip yang inovatif, kreatif dan futuristik bertaraf dunia bakal dihimpun selaras dengan agenda ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.