
PM rakam ucapan takziah buat keluarga Kapten Mohamad Affendi
KUALA LUMPUR 17 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendy Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat Hawk 108 semalam.
Menerusi hantaran Facebook peribadi miliknya, Ismail berkata, beliau mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri Allah S.W.T dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.
“Innalillahi wainnailahi wajiun… Alfatihah
“Takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden pesawat HAWK 108 malam tadi di Butterworth.
“Saya mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman,” tulisnya dalam hantaran itu.
Dalam nahas pada jam 10.07 malam itu, Allahyarham Mohamad Affendi terkorban manakala seorang lagi juruterbang, Mejar Mohd Fareez Omar cedera.
Kedua-dua juruterbang itu sedang menjalani latihan penerbangan di kawasan Pangkalan Udara Butterworth sebelum pesawat dinaiki terhempas.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...