
PM Muhyiddin zahir ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Al-Sultan Abdullah
KUALA LUMPUR 30 Julai – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merafak sembah dan menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-62 hari ini.
Muhyiddin menzahirkan ucapan itu menerusi satu poster dalam hantaran di laman sosial Facebook dan Twitternya dengan kapsyen Daulat Tuanku.
Menerusi poster itu, Muhyiddin merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah ke atas Al-Sultan Abdullah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur serta segala jajahan takluknya.
“Semoga Allah memberkati pemerintahan berjiwa rakyat ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya dalam poster itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...
RM20 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI PUTERI, DIJANGKA SIAP 2027
PAYA RUMPUT 14 Mac - Masalah hakisan yang membelenggu Pantai Puteri bakal berakhir apabila projek tambakan pantai peranginan itu bermula...
RINGANKAN BEBAN RAKYAT SEMPENA RAMADAN
PAYA RUMPUT 13 Mac - Seramai 120 warga Parlimen Tangga Batu kurang bernasib baik menerima sumbangan sempena Ramadan tahun ini....