
PM Muhyiddin rakam ucapan takziah atas kemangkatan Putera Philip
KUALA LUMPUR 10 April. – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada Ratu Elizabeth II, kerabat diraja dan rakyat Britain atas kemangkatan Putera Philip, Duke of Edinburgh.
Beliau berkata antara banyak sumbangan baginda adalah pengasas The Duke of Edinburgh International Award yang memberi kesan positif kepada jutaan anak muda di seluruh dunia.
“The Duke of Edinburgh International Award atau Anugerah Perdana Remaja Rakan Muda, diperkenalkan di Malaysia pada 2000 dan telah mengiktiraf ribuan belia Malaysia atas pencapaian mereka dalam aktiviti kemasyarakatan, sukan dan pengembaraan,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi
Beliau menambah Duke melawat Malaysia beberapa kali dan sentiasa menjadi sahabat Malaysia.
Muhyiddin berkata United Kingdom, Komanwel dan dunia telah kehilangan seorang tokoh yang hebat.
“Pemergian The Duke of Edinburgh pasti akan diingati, kehilangannya menandakan berakhirnya kehidupan yang dihabiskan untuk menabur bakti demi kebaikan sejagat,” katanya.
Istana Buckingham mengumumkan Putera Philip mangkat pada usia 99 tahun di Istana Windsor.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...