PM lawat operasi Kilang Infineon

Masa Membaca:54 Saat

BATU BERENDAM 14 Sept. – Warga kerja Kilang Infineon di sini berbesar hati apabila menerima kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kunjungan itu diadakan sempena lawatan kerjanya selama sehari ke Melaka.

Muhyiddin tiba di perkarangan kilang berkenaan pada jam 2.50 petang.

MUHYIDDIN ketika tiba di perkarangan kilang Infineon.

Kehadirannya disambut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Exco-Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Dalam lawatan itu, Muhyiddin dijemput mendengar taklimat tertutup dan pembentangan mengenai pengoperasian kilang berkenaan.

Taklimat itu diadakan kira-kira 15 minit sebelum beliau mengakhiri sesi lawatan dengan bergambar kenangan di hadapan bangunan kilang bersama tetamu yang hadir.

Lawatan ke Infineon merupakan lawatan kerja yang terakhirnya ke Negeri Melaka.

Terdahulu, pada sebelah pagi beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) yang diadakan di Hotel Hatten dan julung kali diadakan di luar ibu kota.

Kemudiannya, beliau sempat menyantuni peniaga-peniaga di Pahlawan Walk, Banda Hilir.

Views:

1196
Kongsi :
Previous post Hilangnya individu di sebalik pena
Next post Infineon komited labur RM3.25 bilion – PM
Ubah saiz-+=