PM Ismail Sabri ucap takziah atas pemergian Shinzo Abe
ANKARA, 8 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada Kerajaan Jepun dan seluruh rakyatnya di atas pemergian mantan Perdana Menteri Shinzo Abe.
“Saya berasa amat sedih apabila mendengar perkhabaran duka berhubung insiden melibatkan mantan Perdana Menteri Shinzo Abe, yang baru saya temui pada awal tahun ini sebagai Utusan Khas Tuan Yang Terutama,” katanya pada wartawan Malaysia di sini hari ini.
Ismail Sabri yang dalam rangka lawatan rasmi ke Turkiye berkata, beliau berharap agar keluarga mendiang dan seluruh rakyat Jepun tabah menghadapi dugaan dalam suasana sedih serta pilu ini.
Katanya Abe telah memainkan peranan yang penting dalam hubungan erat antara Malaysia dan Jepun, dan merupakan pendukung utama Dasar Pandang ke Timur.
Abe, 67, “ditembak dari belakang” ketika sedang berucap dalam satu kempen politik di bandar raya Nara, dan penyerang beliau sudah ditahan.
Jepun akan mengadakan pilihan raya Senat pada Ahad dan Abe berkempen untuk calon Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah.
Abe merupakan perdana menteri paling lama berkhidmat – pertama pada 2006 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2020.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MANGSA BANJIR DI MELAKA TENGAH MENURUN MALAM INI
AYER KEROH 23 November - Mangsa banjir di daerah Melaka Tengah yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada...
LANDASAN MONOREL MELAKA BAKAL BERUBAH WAJAH
AYER KEROH 23 November - Trek monorel di Jalan Tun Ali yang dicadangkan untuk menjadi produk pelancongan baharu berkonsepkan laluan...
PERTANDINGAN TIKTOK CHALLENGE ‘MANA LAGI MELAKALER’ DILANJUTKAN
AYER KEROH 23 November - Tempoh pertandingan TikTok Challenge 'Mana Lagi Melakaler' dilanjutkan sehingga 25 Disember depan. Timbalan Exco Sains,...
AUTISME: KENA CEPAT BERTINDAK!
Oleh: Dr. Azri Fikry Doktor Pakar Kanak-kanak, Clinic Suite 3.28, Putra Specialist Hospital Melaka STATISTIK yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan...
PARAMEDIK KOMUNITI DIPERLUAS KEPADA PEMIMPIN MASYARAKAT
SUNGAI RAMBAI 23 November - Sukarelawan Paramedik Komuniti fasa kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai akan diperluaskan...
SWM SASAR 10 PUSAT PANDU LALU KITAR SEMULA DIBUKA DI MELAKA
PAYA RUMPUT 23 November - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) menyasarkan 10 kemudahan kiosk Pusat Pandu Lalu KITARecycle (PPLK)...