
PM harap guru terus berbakti untuk anak-anak Keluarga Malaysia
Bersempena sambutan Hari Guru hari ini, beliau berkata tanggal 16 Mei merupakan hari yang cukup bermakna buat warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.
“Guru umpama pelita yang menerangi kehidupan sepanjang hayat. Onak dan ranjau tetap ditempuhi dengan tenang.
“Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua insan yang bergelar guru. Jangan pernah lelah menjadi pelita bagi Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau hari ini dengan turut memuat naik poster ucapan Hari Guru.
Ismail Sabri berkata tema sambutan Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah Sejahtera’ bertepatan dengan komitmen mereka untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam melahirkan pewaris generasi masa depan negara.
Majlis pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 Tahun 2022 diadakan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TIGA TAMAN PERUMAHAN BAHARU BAKAL DIBINA DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Sebanyak tiga lagi taman perumahan baharu sedang dalam perancangan untuk dibangunkan di Dewan Undangan Negeri...
TUGU KEDAULATAN NEGARA ADA DI PULAU KONET
SERI NEGERI 29 April - Sebuah Tugu Kedaulatan Negara telah dibina di Pulau Konet, Telok Gong oleh Majlis Keselamatan Negara...
PERUNTUKAN LEBIH RM11 JUTA PASANG LAMPU JALAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Lebih RM11 juta dibelanjakan bagi tempoh dua tahun (2024-2025) untuk pemasangan lampu jalan di seluruh...
PULAU KONET JADI SEBAHAGIAN KORIDOR TENAGA NEGERI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Pulau Konet yang terletak di perairan Telok Gong, Kuala Linggi telah diwartakan sebagai sebahagian kawasan...
CETUS KEKECOHAN, ADUN PEMBANGKANG DIBERI PERINGATAN
SERI NEGERI 29 April - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, memberi peringatan terakhir kepada pembangkang, Dr....
SUNGAI MELAKA FASA DUA BERKONSEPKAN RIADAH AKAN DISERAHKAN KEPADA PPSPM JUN INI
BANDARAYA MELAKA 29 April - Sungai Melaka Fasa Dua akan diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Pantai dan Sungai Melaka (PPSPM) pada...