
PM hadir sambutan Hari Guru 2023 di MITC
AYER KEROH 16 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, hadir pada Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini.
Terdahulu ketibaan beliau di perkarangan MITC tepat jam 10 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Zaidi Johari; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; barisan Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan lain-lain kenamaan.
Anwar turut berucap pada majlis berkenaan sebelum menyempurnakan gimik pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2023.
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan dua anugerah iaitu Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2023 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2023.
Dianggarkan 10,000 guru-guru seluruh negara turut diundang pada sambutan yang bertemakan ‘Guru Insani Pemangkin Generasi MADANI’ itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...