
PM gesa agensi kerajaan, PBT bantu peniaga terkesan Covid-19
MUAR 28 Jun – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan supaya lebih proaktif turun ke lapangan bertemu dengan peniaga bagi mengambil tahu masalah mereka.
Beliau berkata langkah ini harus dilakukan bagi membantu mereka memulakan semula perniagaan setelah terkesan akibat penularan Covid-19.
“Dalam hal ini, pendekatan yang berbeza perlu dilakukan agar usaha kerajaan bagi menjana semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.
“Jika sebelum ini, peniaga dan pengusaha yang perlu merujuk kepada majlis daerah, PBT atau dewan-dewan perniagaan, kini pihak-pihak berkuasa dan agensi kerajaan pula perlu ke lapangan bertemu dengan peniaga untuk mengambil tahu masalah mereka.
“Ini juga adalah sebahagian daripada kebiasaan baharu yang mesti dibiasakan dalam cara kita bekerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Wakil Peniaga dan Industri Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar di sini.
Views:
Related

Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
SISTEM KEMASUKAN KE MRSM, SBP AKAN DISELARAS MULAI JANUARI TAHUN DEPAN – TPM AHMAD ZAHID
LENGGONG 20 April - Sistem kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diselaraskan mulai...
136 INDIVIDU TERKANDAS AKIBAT JAMBATAN RUNTUH DI SUNGKAI
IPOH 20 April - Sebanyak 136 individu termasuk 81 pelajar sebuah politeknik terkandas susulan jambatan ke Kampung Tisong runtuh mengakibatkan...
TERIMA KASIH RAKYAT MELAKA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 20 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...