Sorting by

×

PM datang lagi ke Melaka 20 Februari ini

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 9 Februari – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima pelawaan Kerajaan Negeri Melaka untuk hadir ke Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka, 20 Februari ini.

Anwar berkata, walaupun berdepan jadual yang padat pada tarikh berkenaan, namun beliau tersentuh dengan usaha Kerajaan Negeri dalam memperingati detik bersejarah negara itu.

“Insya-Allah pada 20 Februari ini saya akan turut serta bersama rakyat Melaka kerana saya tersentuh dengan peristiwa membawa kepada detik kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj di Banda Hilir.

“Saya melihat bahawa usaha ini penting kerana rakyat bukan sahaja di Melaka bahkan seluruh negara perlu tahu dan kenang sejarah penting negara seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka, yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Yang turut hadir, Barisan Timbalan Menteri, Barisan Exco Kerajaan Negeri; Barisan Ketua Setiausaha Kementerian, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Barisan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun); Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Negara.

Anwar ketika berucap turut menghadiahkan serangkap pantun untuk orang Melaka.

Dari Tangkak ke Selayang,
Singgah sebentar di Kuala Linggi;
Kalau tidak kerana kasih dan sayang,
Tidak akan saya sampai ke mari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

992
Kongsi :
Previous post Melaka fokus kepimpinan digital
Next post Kerajaan tidak terlibat dalam keputusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan – PM
Ubah saiz-+=