PM beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
PUTRAJAYA, 25 April – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tan Sri Dr Ali Hamsa di kediaman bekas Ketua Setiausaha Negara itu di Presint 10 di sini.
Ismail Sabri tiba di rumah Ali kira-kira 9.42 pagi dan bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham untuk bertanya khabar, sebelum meninggalkan kediaman tersebut pada kira-kira 10.06 pagi.
Turut menziarahi jenazah di kediaman antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan.
Ali, 66, yang berkhidmat sebagai KSN ke-13 selama enam tahun dari 2012, meninggal dunia di Hospital Dublin, Ireland pada 21 April lepas.
Penerbangan yang membawa jenazah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 6.30 pagi dan jenazah dibawa ke rumah kira-kira pukul 8.26 pagi.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3 di sini untuk penghormatan terakhir di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni dari pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
UTEM BANTU URUS JENAZAH NURUL SYAFIQAH, NURHANIS AFRYNA
AYER KEROH 26 Disember - Pihak pengurusan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya...
MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT AHAD INI
AYER KEROH 26 Disember 2024 - Orang ramai khusus umat Islam Negeri Melaka dipelawa untuk beramai-ramai memeriahkan program Melaka Berselawat...
MAIM PRIHATIN PERKEMBANGAN ANAK-ANAK KAYFAZ
AYER KEROH 26 Disember - Meskipun sedang bercuti, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tetapi mengikuti perkembangan anak-anak Kompleks Anak Yatim...
PENGHANTAR BARANG, JURUANALISIS DIDAKWA JADI ‘KELDAI AKAUN’ DENGAN SERAH KAD ATM
BALIK PULAU 26 Disember - Seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua...
PROGRAM TARIF ELEKTRIK HIJAU DITERUSKAN BAGI 2025 DENGAN KADAR PREMIUM SAMA
PUTRAJAYA 26 Disember - Program Tarif Elektrik Hijau (GET) akan diteruskan pada 2025 dengan penawaran kuota sekurang-kurangnya 6,600 GigaWatt jam...
DUA PELAJAR UTEM MAUT, DUA CEDERA PULANG KE KAMPUS
JASIN 26 Disember - Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki...