Platform digital ‘Melaka Super App’ akan dibangunkan
SERI NEGERI 27 November – Platform digital dikenali ‘Melaka Super Apps’ sedang dibangunkan bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan digital di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata platform digital itu akan diintegrasikan bersama empat aplikasi iaitu Melaka Pay, Smart Vehichle Parking, Sistem Respon Rakyat Melaka dan Melaka eXcess.
Katanya, inisiatif itu antara usaha Kerajaan Negeri untuk membawa Melaka ke arah pembangunan masa depan yang mampan, berdaya huni dan pintar.
“Pembangunan itu berpandukan ‘Blue Print Smart Melaka 2035 menersui elemen bandar pintar, (yang) dilaksanakan menerusi komponen ‘smart living and security’, ‘smart mobility’, ‘smart public transport’ dan ‘smart river’,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap membentangkan Bajet 2024 Negeri Melaka bertemakan ‘Menelusuri Warisan, Mengembalikan Kegemilangan’ pada Persidangan Ketiga (Bajet) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
RUMAH KAHWIN MERCU EKONOMI KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Rumah Kahwin berpotensi beri impak positif kepada ekonomi masyarakat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala...
GENG 04 ATAU 30 BERI RUANG ANAK JATI MELAKA BERBAKTI
KUALA LINGGI 18 Januari - Penubuhan Geng 04 atau 30 iaitu kumpulan sukarelawan bencana dan gotong-royong bakal memberi pendedahan kepada...
‘BANTUAN INI BESAR MAKNANYA’
KUALA LINGGI 18 Januari - Riak ceria jelas kelihatan pada wajah 175 penerima sumbangan perayaan daripada Kerajaan Negeri sekali gus...
MELAKA CERIAKAN 1,000 RAKYAT SAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025
KUALA LINGGI 17 Januari - Sejumlah RM200,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka bagi sumbangan perayaan Tahun...
GAHARU, NANAS MD2 ‘PERMATA’ KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 17 Januari - Kilang Gaharu dan Ladang Nanas MD2 menjadi antara dua produk agropelancongan yang berpotensi diperluaskan seterusnya...
W.R.U.R: HAMPIR 1 TAN SISA DIBERSIHKAN DI PEKAN KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Hampir satu tan sisa berjaya dibersihkan di Pekan Kuala Sungai Baru, di sini, menerusi Program...