PLANMalaysia peruntuk RM16 juta kepada enam PBT

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDARAYA MELAKA 27 Jun – Sejumlah RM16 juta diperuntukkan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) sepanjang tahun ini kepada enam pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi menjalankan Kajian Rancangan Tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia TPr. Md Nazri Abdullah berkata, setiap tahun pihaknya akan memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada PBT yang dikenal pasti untuk menjalankan Kajian Rancangan Tempatan.

Katanya, dengan peruntukan yang diluluskan itu ia akan membantu PBT menyediakan pelan terperinci dalam tempoh antara 10 hingga 15 tahun akan datang.

“Setiap tahun kita akan kenal pasti mana-mana PBT yang Kajian Rancangan Tempatan hampir luput dan tahun ini terdapat enam PBT yang diluluskan peruntukan kesemuanya berjumlah RM16 juta.

“Peruntukan ini penting bagi membantu PBT ini menyediakan pelan yang menjadi panduan dalam memacu pembangunan yang mampan selain PLANMalaysia turut melihat isu-isu dalam PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kick-Off Bagi Kajian Rancangan Tempatan MPHTJ 2035 (Penggantian) yang disempurnakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron, hari ini.

Menurutnya, selain MPHTJ, turut menerima peruntukan kelulusan adalah Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Daerah Bandar Baharu dan Majlis Daerah Lipis.

“Untuk MPHTJ sebanyak RM2 juta diluluskan dan ia mengambil beberapa kriteria antaranya dalam menimbangkan kos kita turut melihat isu berkaitan dan masukkan secara teknikal untuk dibentangkan sebelum dinilaikan.

“Jadi MPHTJ walaupun kawasan kecil tetapi ia ada isu trafik, banjir dan melaksanakan pengurangan pengguna karbon jadi ini antara diambil kira. Kawasan ini walaupun kecil tetapi ia padat jadi ia memerlukan kajian lebih terperinci,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

270
Kongsi :
Previous post RM2.8 juta laksana Kajian Rancangan Tempatan MPHTJ
Next post ‘Melaka luar biasa sekali’
Ubah saiz-+=