PLANMALAYSIA PELAJARI BIDANG MEDIA DI MELAKA HARI INI
AYER KEROH 28 Ogos – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mengadakan kunjungan ke pejabat Melaka Hari Ini (MHI) bagi mendalami ilmu dan kemahiran berkaitan media.
Pegawai Perancang Bandar dan Desa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), TPr. Zulazhar Abd Ghani berkata, ilmu berkenaan menjadi antara fokus jabatan itu memandangkan dunia media menjadi antara nilai tambah yang amat diperlukan jabatan dan agensi kerajaan.
Katanya, kunjungan ke MHI juga membuka peluang PLANMalaysia untuk meneroka peluang bekerjasama pada masa akan datang.
“Terima kasih MHI kerana menerima delegasi daripada PLANMalaysia, ini adalah peluang untuk kita sebagai satu komuniti kecil mempelajari ilmu berkaitan media.
“Kita ingin lihat jika ada peluang untuk belajar bagaimana kaedah dan cara terbaik untuk meningkatkan capaian media terutamanya sebagai sebuah jabatan kerajaan.
“Mungkin selepas ini boleh bekerjsama seperti terlibat dalam kursus Digital Masterclass yang dianjurkan oleh MHI sendiri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Terdahulu sesi kunjungan itu turut dihadiri beberapa wakil PLANMalaysia dari seluruh negeri.
Turut menyampaikan taklimat, Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Nasharuddin Muhammad dan Ketua Unit setiap bahagian MHI bagi menerangkan tentang produk, cara kerja serta pencapaian MHI.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.