PLANETARIUM, PUSAT SAINS NEGARA DI MELAKA 28-29 OKTOBER INI

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

REMBIA 21 Oktober – Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara merupakan antara agensi utama yang akan terlibat di dalam Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 28 hingga 29 Oktober ini di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Alor Gajah.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, penglibatan agensi tersebut amat penting dalam usaha memupuk minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap bidang sains dan teknologi.

“Amat wajar kita galakkan golongan muda terutamanya di awal usia agar tidak takut dengan bidang sains, kerana hari ini kita alami kekurangan pelajar dalam jurusan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Disebabkan itu, kerajaan menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melaksanakan Minggu Sains Negara, di mana tahun lepas kita telah isi dengan pelbagai cara pengisian, begitu juga tahun ini.

“Beberapa jemputan telah disampaikan keapda beberapa agensi bagi tujuan persembahan serta menjadi pempamer dan MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka akan disertai oleh Planetarium Negara dan Pusat Sains Negara,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Science Paper Plane Peringkat Negeri Melaka 2024 Sempena Minggu Sains Negara di Dewan Taming Sari UiTM Alor Gajah, hari ini.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Melaka, Prof. Datuk Ts. Dr. Mohd Rasdi Zaini.

Terdahulu, pada majlis tersebut, kira-kira 300 peserta kategori sekolah rendah seluruh Melaka terlibat dalam pertandingan acara Paper Plane, manakala untuk kategori sekolah menengah akan diadakan 22 Oktober dan kategori Institut Pengajian Tinggi (IPT) diadakan pada 23 Oktober.

Selain pertandingan ‘Paper Plane’, Fairul Nizam memaklumkan beberapa pertandingan lain turut dianjurkan seperti Rubic Cube, Scratch, Robotic, Young Innovation, Science Product Pitching Innovation dan Mathematics Online Challenge sempena MSN 2024 Peringkat Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1280
Kongsi :
Previous post ORANG ASLI GEMBIRA DAPAT LESEN
Next post ‘PINTASAN SALOMA’ MELAKA SIAP DISEMBER DEPAN
Ubah saiz-+=