PKS main peranan besar realisasi IR 4.0 di Melaka- Ab Rauf

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDAR MELAKA 3 Jul – Kerajaan negeri sentiasa menyokong pertumbuhan
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Melaka dalam usaha mendepani penguasaan digital dan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kerajaan Negeri akan terus berpegang teguh dalam peranannya untuk membantu PKS negeri mara ke hadapan.

Katanya, usaha ke arah penguasaan digital itu termasuk geran untuk pendigitalan PKS dan automasi pintar dan geran pemadanan untuk mempercepatkan transformasi digital serta bantuan untuk syarikat baharu bagi mengharungi dunia perdagangan dan perniagaan dengan lebih baik akan diteruskan.

“Dalam kaedah untuk menyokong semua PKS dalam negeri ini, Melaka akan membawa masuk lebih ramai pelabur untuk melabur di Melaka.

“PKS di bawah SAMENTA (Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia) Melaka akan memainkan peranan yang besar dalam membantu kesemua pelabur ini nanti.

“(Ia) sekaligus merealisasikan IR 4.0 untuk mendepani cabaran Ekonomi Digital serta masyarakat 5.0,” katanya.

EXCO Kanan Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian SAMENTA Melaka dan SME CEO Forum di Hotel Holiday Inn di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi SAMENTA Datuk William Ng dan Pengerusi SAMENTA Melaka Datuk Vong Woon Chin.

Menerusi CEO Forum itu juga menampilkan lima panel dan melibatkan kira-kira 80 PKS Negeri Melaka yang berdaftar untuk membincangkan topik Pendigitalan PKS yang memberi manfaat kepada usahawan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1074
Kongsi :
Previous post Pertandingan nazam tawar hadiah wang tunai lumayan
Next post SAMENTA ‘suara’ PKS kepada kerajaan
Ubah saiz-+=