
PKPP: Majlis sosial tidak dibenarkan, jika penganjur sukar kawal keadaan
PUTRAJAYA, 29 Jun – Majlis sosial tidak dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.
Ia adalah antara prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan majlis sosial seperti perkahwinan, kenduri dan pertunangan yang diluluskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 22 Jun, serta terpakai bagi penganjuran majlis sosial di rumah ibadat bukan Islam.
Kementerian Perpaduan Negara berkata SOP itu merangkumi perkara penting dalam menjalankan majlis sosial seperti had kapasiti kehadiran seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakan sosial, dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama tiga hingga lima jam.
SOP itu juga menggariskan bahawa hidangan makanan dalam bentuk buffet atau layan diri adalah tidak dibenarkan, selain penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan dengan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan, katanya.
“Tetamu adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
JURUTERA RUGI LEBIH RM1.1 JUTA ANGKARA PELABURAN TIDAK WUJUD
KUANTAN 22 April - Seorang jurutera lelaki kerugian lebih RM1.1 juta selepas terperdaya pelaburan tidak wujud menerusi laman web, hujung...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...