Sorting by

×

PKPP khabar indah buat pemilik hom2stay

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

AYER KEROH 12 Jun – Permintaan tempahan hom2stay di negeri ini dijangka meningkat 50 peratus pada minggu hadapan selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPK) bermula 10 Jun lalu.

SUHAIRI

Pengerusi Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia (MARTA), Suhairi Sulaiman berkata, pengumuman itu merupakan khabar indah buat kesemua pengusaha hom2stay di Malaysia khususnya Melaka.

Menurutnya, setakat hari ini sebanyak 95 peratus hom2stay sudah memulakan operasi setelah hampir tiga bulan tidak beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

“Di Melaka saja kita anggarkan hampir 1,000 pemilik hom2stay yang hilang sumber pendapatan, 80 peratus daripada pemilik hom2stay tidak meneruskan operasi.

“Manakala, 20 peratus lagi meneruskan operasi tetapi hanya memfokuskan kepada ‘frontliners’ yang memerlukan tempat tinggal khas sepanjang waktu mereka berkhidmat,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Suhari yang juga Pengerusi MARTA Melaka berkata, pihaknya menyasarkan seramai 500 pengusaha hom2stay di Melaka akan berdaftar dengan MARTA sehingga hujung tahun ini.

“Mereka yang berdaftar dengan MARTA akan menerima manfaat termasuklah latihan pengurusan dan dekorasi hom2stay.

“Kita mahu pastikan setiap hom2stay memberi servis atau kualiti lima bintang kepada pelanggan seperti bermalam di hotel,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya pemilik-pemilik hom2stay juga diarahkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita harap semua pemilik ikut SOP yang diarahkan, dalam masa terdekat ini kita cuba untuk mempromosi nama hom2stay ini supaya lebih dikenali orang ramai,” katanya.

Views:

447
Kongsi :
Previous post PKPP: Tempahan hotel di Melaka meningkat
Next post 250 jemaah dapat tunai solat Jumaat di Masjid Al-Alami
Ubah saiz-+=