PKPP: Kedai mamak, serbaneka di Melaka boleh buka 24 jam tapi bersyarat
AYER KEROH 16 Mac – Semua premis di Melaka yang berlesen operasi 24 jam dibenarkan beroperasi penuh sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) namun tertakluk pada syarat dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan
Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mohd Nasrul Menhat berkata, perkara itu ada dibincangkan dalam Mesyuarat Covid Negeri Melaka minggu lalu.
“Setakat ini, untuk waktu PKPP ini operasi premis dibenarkan mengikut lesen yang dikeluarkan PBT berkenaan.
“Maknanya kalau lesen dia tulis 24 jam, boleh beroperasi 24 jamlah sebab di tempat PKPP ini ada kelonggaran mengikut PBT.
“Tidak seperti PKP Bersyarat (PKPB) sebelum ini, yang mana SOP (prosedur operasi standard) telah menetapkan masa pembukaan dan penutupan premis perniagaan termasuk kedai makan,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.