
PKPD Taman Mewah Kelemak mulai 3 Julai – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR 1 Julai – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mewah, Kelemak Alor Gajah berkuat kuasa 3 sehingga 16 Julai ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan itu berikutan peningkatan sebanyak 55 kes
positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi terkini kes COVID-19 di Taman Mewah, Kelemak, Alor Gajah.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal perintah kawalan pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) & PKPD, hari ini.
Beliau berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...