
PKPD di Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangan ditamatkan hari ini
KUALA LUMPUR, 4 Jan – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangannya yang bermula 22 Disember lepas ditamatkan hari ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah selesai melaksanakan 737 ujian saringan dan secara kumulatif sebanyak 281 kes positif COVID-19 direkodkan.
Ujarnya, KKM mengesahkan pelaporan harian kes aktif di pusat tahanan itu menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan.
“KKM mengesahkan kes aktif di pusat tahanan ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal serta tiada lagi sampel menunggu keputusan.
“Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Pusat Koreksional Jasin dan kuarters kakitangan seperti dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan media menerusi sumber portal Harian Metro sebentar tadi.
Views:
Related
Berita Lain
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...
PUSAT SEHENTI HUBUNGKAN USAHAWAN MELAKA
SERI NEGERI 28 April - Kerajaan Negeri mewujudkan Pusat Sehenti Usahawan (OSCE) di Aras 5, Bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC)...