
PKPD di Pulau Tioman, Pahang, PKP di Nabawan, Sabah lanjut 14 hari
PUTRAJAYA 15 Mac – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Pulau Tioman, Pahang bermula esok hingga 29 Mac ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu susulan peningkatan kes mendadak yang merekodkan 16 kes positif hasil saringan terhadap 48 individu.
“Sehingga 14 Mac, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 48 ujian saringan dan 16 daripada jumlah itu 16 kes direkodkan positif.
“Berikuatan itu, atas penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD itu,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya di sini hari ini.
Dalam pada itu, penguatkuasaan PKP di daerah Nabawan, Sabah yang dijadualkan tamat pada esok dilanjutkan 14 hari lagi.
Katanya, ia susulan daripada jumlah kumulatif sebanyak 279 kes positif direkodkan hasil saringan terhadap 3,079 individu.
“Daripada jumlah itu, KKM mengesahkan masih ada 879 baki sampel belum mendapat keputusan.
“Oleh yang demikian, kerajaan bersetuju melanjutkan PKP di daerah Nabawan, Sabah bermula 17 hingga 30 Mac ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...
AGIHAN 6,000 KUPON E-DOMPET DI PASAR RAMADAN TAMAN SERI DUYONG
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai berkunjung ke Pasar Ramadan Rahmah Taman Seri Duyong dari 11 hingga 15 Mac...