
PKPD di Penjara Sungai Udang, kuarters kakitangan Rabu ini
AYER KEROH 1 Feb. – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangannya bermula 3 sehingga 16 Februari 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan situasi peningkatan kes positif COVID-19 meningkat mendadak di Penjara Sungai Udang dan kuarters kakitangan.
“Sehingga 31 Januari lalu, KKM melaksanakan 339 ujian saringan, daripada jumlah itu sebanyak 113 kes positif COVID-19 direkodkan melibatkan 79 tahanan, 22 kakitangan dan 12 ahli keluarga.
“Pelaksanaan PKPD bagi memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua tahanan, kakitangan dan kontak rapat yang terlibat untuk mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.