
PKPB: Melaka benarkan operasi TASKA dengan kebenaran JKM
AYER KEROH 9 Nov. – Semua taman asuhan kanak-kanak (TASKA) yang berdaftar dibenarkan beroperasi pada waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.
Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali pagi tadi.
JKKN bagaimanapun berkata, kebenaran itu hanya diberikan kepada TASKA yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mendapat kebenaran JKM untuk beroperasi.
“Jika TASKA swasta itu berdaftar dengan JKM, mereka perlu membuat permohonan dengan jabatan berkenaan terlebih dahulu untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Hanya selepas mendapat kebenaran JKM barulah mereka dibenarkan beroperasi,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini di sini petang ini.
Tambahnya, dengan kebenaran bersyarat itu, diharap tidak timbul lagi isu ibu bapa yang bekerja tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga anak di rumah dan sebagainya.
Sulaiman menerusi kenyataan di Facebook rasminya hari ini menyebut telah mengadakan mesyuarat tersebut bagi memperincikan SOP dan PKPB yang dikuatkuasakan di Negeri Melaka mulai hari ini hingga 6 Disember.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan.
Views:
Related


Berita Lain
30 MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU SIAP TAHUN INI
RIM 18 April - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) menyasarkan akan membina 30 menara telekomunikasi baharu...
MELAKA CADANG PERKENAL SUKAN GOLF DI SEKOLAH-SEKOLAH
AYER KEROH 18 April - Sukan golf akan diperkenalkan di beberapa buah sekolah sekitar Melaka sebagai sukan kokurikulum elit bagi...
MPJ KOMPAUN LORI SAWIT GUNA JALAN TAMAN TANPA KEBENARAN
JASIN 18 April - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) mengenakan kompaun kepada pemilik lori sawit yang menggunakan laluan taman perumahan. Setiausaha...
RUNGKAI ISI TERSIRAT ‘BIJAK LAKSANA TUAH, BERANI LAKSANA JEBAT’
SERI NEGERI 18 April - Slogan Bijak Laksana Tuah, Berani Laksana Jebat bukan sekadar kata-kata tetapi cerminan jiwa orang Melaka,...
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....