PKPB: Bandaraya Melaka masih lengang
BANDA HILIR 20 Feb. – Memasuki hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kawasan utama Bandaraya Melaka setakat tengah hari tadi, masih lengang walaupun kerajaan membenarkan sektor pelancongan kembali beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Hasil tinjauan wartawan Melaka Hari Ini setakat jam 12.00 tengah hari, jumlah kenderaan yang memasuki kawasan Bandaraya Melaka juga berkurangan.
Ini sekali gus menunjukkan rakyat negeri ini kekal patuh SOP yang ditetapkan kerajaan meskipun telah diberi sedikit kelonggaran.
Pada 16 Februari lepas, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang dikuatkuasakan di Melaka sebelum ini akan dilonggarkan kepada PKPB bermula 19 Februari hingga 4 Mac depan.
Selain Melaka, negeri lain ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah, sementara Perlis kekal dengan PKP Pemulihan (PKPP), manakala empat lagi negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang masih diletakkan di bawah PKP.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TANDAS AWAM ELEGAN DI WATERFRONT JASIN
JASIN 15 November - Tandas Awam (BMW) Selera Waterfront Bandar Jasin kini berwajah baharu berkonsepkan warna hitam dan keemasan selepas...
MELAKA SEDIA PLATFORM BERGAMBAR UNTUK KENANGAN RXZ MEMBERS
AYER KEROH 15 November - Kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menyediakan platform bergambar di beberapa lokasi...
UPTOWN PAYA RUMPUT LAIN DARI YANG LAIN
PAYA RUMPUT 15 November - Uptown Paya Rumput yang akan dibangunkan di perkarangan Stadium Hang Jebat akan menampilkan kelainan dengan...
NGO JADI SALURAN HEBAHAN AGENDA PEMBANGUNAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 November - Pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka perlu lebih efektif dan menjadi satu bentuk saluran...
SENTUHAN KASIH 562 CALON SPM, STPM MELAKA
ALOR GAJAH 15 November - Seramai 562 pelajar sekolah di negeri ini diraikan menerusi Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri Melaka...
KERANA KASIHNYA IBU…
TABOH NANING 14 November - Meskipun berdepan ujian dalam hidup namun semua itu langsung tidak mematah semangat Rohaya Abu Samah...