
PKP 3.0 disambung-PM
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan berakhir esok seperti dijadualkan.
Menurut laporan Bernama Perdana Menteri berkata, sebaliknya fasa pertama PKP berterusan sehingga tiga indikator termasuk nilai ambang kurang dari 4,000 kes positif COVID-19 sehari.
Kerajaan juga kata Muhyiddin akan mengumumkan bantuan lebih menyeluruh kepada semua kumpulan masyarakat pada esok atau Selasa ini.
Sekatan penuh COVID -19 Fasa 1 yang bermula 1 Jun lalu dijadual tamat esok namun kriteria sasaran untuk beralih ke fasa berikutnya masih belum dipenuhi.
Pada 15 Jun lalu, Perdana menteri sewaktu mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat berkata, tiga indikator ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN mesti dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN.
Indikator pertama adalah, purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes; sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...