
PKP 2.0: Bekalan makanan mencukupi
AYER KEROH 25 Jan. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menegaskan bekalan bahan makanan di negeri ini mencukupi dalam tempoh sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar memberi jaminan bekalan bahan makanan dan keperluan harian lain mencukupi.

“Bekalan bahan makanan di negeri ini sentiasa mencukupi, saya mengingatkan orang ramai supaya jangan risau tentang bekalan makanan kerana di pihak kami sendiri akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa setiap hari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Ketika ditanya mengenai isu kenaikan harga sayur di negeri ini, beliau menjelaskan ia disebabkan kesan penutupan pasar borong dalam tempoh PKP 2.0 serta pengeluar sayuran di Cameron Highland terputus akibat bencana banjir.
“Isu harga sayur ada peningkatan 30 hingga 70 peratus dan ia disebabkan penutupan pasar borong dalam tempoh PKP 2.0, isu banjir di Cameron Highland sehingga menyebabkan bekalan sayur oleh pengeluar di sana terputus.
“Oleh itu, di Melaka, kebanyakan peniaga mengambil bekalan sayur organik di negeri ini dan kosnya agak mahal sedikit, disebabkan itu harga sayur naik sehingga 30 hingga 70 peratus,” jelasnya.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...