Sorting by

×

Pintu gerbang baharu untuk pelancongan Kuala Linggi

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

SERI NEGERI 2 Ogos – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan membina pintu gerbang baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi membabitkan kos bernilai RM180,000.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata pembinaan pintu gerbang itu salah satu inisiatif untuk mengindahkan DUN berkenaan sempena menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Kita ambil perhatian tentang pintu gerbang di Kuala Linggi ini, seperti dikatakan DUN ini juga mempunyai bajet bagi pembinaan gerbang ini, kita akan cuba melihat dan mengkaji bagaimana pintu gerbang ini boleh direalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab ucapan penangguhan Rosli Abdullah (BN-Kuala Linggi) pada hari ketiga Persidangan Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Seri Negeri di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata Kerajaan Negeri juga sedang mempergiatkan usaha menanam pokok-pokok hiasan di DUN Kuala Linggi bagi memberikan suasana menyambut pelancong yang masuk ke Melaka.

“Selain itu kita juga mempergiatkan usaha menanam pokok hiasan untuk memberikan suasana ‘welcoming’ pelancong dari Negeri Sembilan ke Melaka dengan menanam sebanyak 560 batang pokok.

“Faktor pencahayaan juga akan dinaik taraf di kawasan ini, semua kerja-kerja pengindahan ini dijangka siap pada Oktober 2023 yang menelan belanja RM50,000,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1008
Kongsi :
Previous post Sungai Linggi Cruise beroperasi Disember ini
Next post Rim terima lebih RM1 juta bagi pembangunan keagamaan sejak 2021
Ubah saiz-+=