Sorting by

×

PINDAH PENIAGA, BARU TAMBAK LAUT

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

PANTAI KUNDOR 6 September – Projek tambakan bagi mengawal hakisan di Pantai Puteri hanya akan dilaksanakan selepas peniaga di lokasi tumpuan pelancongan itu dipindahkan ke lokasi baharu yang lebih sesuai dan selamat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim berkata, meskipun projek tambakan itu penting, namun nasib peniaga tetap menjadi keutamaan beliau.

Katanya, pemindahan peniaga perlu bagi memberi laluan dan melancarkan lagi projek tambakan selain menjamin keselamatan orang ramai termasuk peniaga serta pengunjung.

“Kita sedang mengenal pasti lokasi berkenaan, projek tambakan laut ini membabitkan kawasan pantai sepanjang kira-kira dua kilometer dengan unjuran 60 meter sehingga ke tengah laut.

“Projek ini dalah hasil inisiatif Kerajaan Negeri yang dilaksanakan menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemerkasaan Wanita 2024 diadakan di sebuah hotel di Pantai Puteri, di sini semalam.

Hadir sama, Pengarah MARA negeri, Nurul Azmi Johari, Ketua Penolong Pengarah MARA, Mohd Hilmi Md Yusuf serta tetamu lain.

Tuminah yang juga Timbalan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, pihaknya telah menerima kelulusan untuk menjalankan projek tambakan bagi mengawal hakisan yang semakin serius.

“Kontraktor juga sudah dilantik, projek ini perlu dilaksanakan secepat mungkin bagi mengelakkan berlakunya hakisan yang lebih teruk disebabkan negara yang bakal berdepan dengan perubahan angin monsun pada hujung tahun ini.

“Ia juga melibatkan tambakan untuk melandaikan dasar pesisir pantai hampir 60 meter bagi memudahkan kerja-kerja perikanan seperti aktviti menyungkur geragau dan keselamatan dalam aspek rekreasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3250
Kongsi :
Previous post MBMB GAZETKAN PUSAT HENTIAN BECA MELAKA
Next post MENU RM10, TARIKAN BAHARU TMM2024
Ubah saiz-+=