Sorting by

×

‘Pilihlah kerajaan ada track record’ – Sulaiman

Masa Membaca:59 Saat

SERI BENDAHARA 11 Nov – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berharap rakyat bijak memilih kerajaan yang layak mentadbir Melaka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Katanya, rakyat seharusnya memilih kerajaan yang mempunyai ‘track record’ yang stabil serta boleh memakmur negeri dan rakyat.

“Saya mohon rakyat di luar sana tolong jangan (ulangi) seperti apa yang dah berlaku, pastikan kerajaan yang dapat itu kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Biar rakyat memilih siapa yang mereka mahukan, cuma saya minta rakyat yang ada hari ini jangan salah pilih.

“Jangan jadi seperti penggal ke-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14 ) sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara di kediaman rasminya di sini, hari ini.

Katanya, rakyat kini lebih bijak memilih dan cerdik untuk menentukan siapa pemimpin yang lebih layak menentukan masa depan Negeri Melaka.

“Rakyat tahu siapa yang nak pilih..tak perlu nak kempen tunggu hari mengundi pangkah siapa sahaja mereka sudah tahu.

“Penggal ke-14 tiga kali Perdana Menteri, Melaka pula dua Ketua Menteri. Ini sebab salah pilih, jadi waktu inilah kita perlu buat pilihan yang betul,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

871
Kongsi :
Previous post Positif COVID-19, Ghafaar kini stabil – Anak
Next post BN komited selesaikan isu banjir – Sulaiman
Ubah saiz-+=