
Pilihan raya DUN Sarawak ditangguhkan – SPR
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata ini susulan Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 11 Jan lepas dan di bawah peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.
“Tarikh Pilihan Raya Negeri Sarawak hendaklah diadakan pada tarikh difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SPR hari ini telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung tamat tempoh DUN yang ke-18.
Bagaimanapun di bawah Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, kuasa untuk memanggil, memprorog dan membubarkan DUN Sarawak tidak mempunyai kesan, katanya.
Terdahulu, Mohd Asfia dilaporkan sebagai berkata bahawa DUN Sarawak akan kekal berfungsi di bawah Ordinan Darurat hingga 1 Ogos depan.
Berdasarkan perlembagaan negeri, penggal DUN semasa berakhir selepas 6 Jun (hari ini), iaitu cukup tempoh lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
