
PICK ditambah baik, pastikan PPV tidak sesak
KUALA LUMPUR 15 Ogos -Bagi memastikan tidak berlaku kesesakan di pusat pemberian vaksin (PPV), Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan terus ditambah baik, memetik sumber portal Berita Harian hari ini.
Aspek berkenaan akan diberi perhatian khusus, iaitu penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat apabila lebih banyak PPV secara terus dilaksanakan di negeri lain.
Menteri Penyelaras program itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata isu suntikan kosong yang tular sebelum ini juga dianggap serius, selain garis panduan mengenainya sudah dikeluarkan kepada setiap petugas vaksinasi, bagi mengelak kejadian berulang.
“Walaupun isu kesesakan dan suntikan kosong ini terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan pelaksanaan PICK di lebih 2,000 PPV di seluruh negara, ini suatu kesilapan, masih tetap suatu kesilapan.
“Saya memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan akan terus menambah baik kekurangan dan kesilapan bagi memastikan perkara sama tidak terus berulang,” katanya dalam ucapan khas, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PM ANWAR TIBA UNTUK BERAYA DENGAN RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 5 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, tiba...
PERPADUAN, KEHARMONIAN RAKYAT FAKTOR MELAKA JADI PILIHAN PELANCONG
AYER KEROH 5 April - Keunikan Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya, selain rakyatnya harmoni dan...
KEMERIAHAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA BERMULA
AYER KEROH 5 April - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dibanjiri orang ramai seawal jam 8 pagi tadi bagi bersama-sama...
7,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA DUN RIM
RIM 5 April - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Bendahara MRSM Tun Ghafar Baba, malam...
LAPAN PROGRAM BAHARU RANCAKKAN SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN
AYER KEROH 5 April - Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) yang dimulakan sejak dua tahun lalu kini dirancakkan dengan lapan program...
MEDIA SOSIAL PLATFORM PROMOSI KEMPEN TAAT SETIA RUKUN NEGARA
AYER KEROH 4 April - Kempen Taat Setia Rukun Negara yang dimulakan di Negeri Melaka akan diperluaskan ke seluruh negara...