
PICK di Melaka berjalan lancar

DI sebalik ketidaktentuan politik di Melaka ketika ini, ternyata ia tidak merencatkan program direncanakan Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri khususnya bagi menangani COVID-19.
Ini terbukti apabila kadar vaksinasi dewasa di negeri ini sudah mencapai kadar lebih 90 peratus setakat 7 Oktober lalu.
Kadar vaksinasi keseluruhan negeri pula mencapai 65.01 peratus daripada 932,700 populasi.
Begitu juga kadar vaksinasi remaja bawah 18 tahun yang merekodkan 80.09 peratus daripada 86,500 remaja biar pun baru dilaksanakan.
Syabas Mat ucapkan kepada semua pihak terbabit khususnya petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas sejak Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dimulakan 24 Februari lalu.
Pencapaian ini amat penting untuk dinilai pihak Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara bagi membolehkan Melaka beralih ke fasa Pelan Pemulihan Negara seterusnya.
Kepada rakyat Melaka di luar sana yang belum menerima suntikan vaksin, segeralah berbuat demikian sebagai ikhtiar kita melindungi diri, keluarga dan negara.
Dak Mat: Sabar menunggu kebenaran rentas negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...