
Piala Tun Abdul Razak 2020: Skuad hoki wanita Pahang ‘benam’ Melaka
AYER KEROH 29 Sept. – “Kita sudah berikan yang terbaik untuk mendapatkan sekurang-kurangnya seri, namun Pahang memiliki beberapa pemain yang menghasilkan ‘game changer’ kali ini,” luah Pengurus Pasukan Hoki Wanita Melaka Adila Fazleen Che Manan.
Skuad Melaka gagal mara ke pusingan seterusnya dalam kempen Piala Piala Tun Abdul Razak 2020 selepas tewas 4-0 kepada Pahang sebentar tadi.
Dalam saingan penentuan mara ke separuh akhir sebentar tadi, pemain Pahang, Nur Zafirah Aziz, Nur Syaza Afiqah Safawi, Nur Airsha Muhd Asrul Effandi dan Norazlin Sumantri masing-masing menyumbat satu jaringan untuk mara ke pusingan seterusnya.
Walaupun segalanya tampak berakhir jelas Adila, sasarannya kini adalah menutup tirai edisi kali ini di kedudukan terbaik.
“Masih meneruskan perjuangan bagi mendapatkan tempat terbaik,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Dalam edisi ini, Melaka diundi bersama Kuala Lumpur, Pahang dan Sarawak dalam kumpulan B.
Sementara itu, Kuala Lumpur turut mengikuti jejak Pahang selepas menewaskan Sarawak 4-0 pagi tadi.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...