
Piala Thomas: Pemain Malaysia Telah lakukan yang terbaik – Ahmad Faizal
BANGKOK, 13 Mei – Perasaan gementar dan terlalu berhati-hati dilihat memberi kesan kepada pemain Malaysia yang menyebabkan kekalahan mengejut kepada India dalam perlawanan suku akhir Piala Thomas malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata para pemain telah melakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.
“Pemain kita boleh melakukan lebih baik lagi. Saya nampak dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini, mereka melakukannya dengan sangat baik. Kesemua pemain telah mencuba dengan sebaik mungkin. Itu yang kita harapkan. Namun, nasib tidak menyebelahi kita,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Impact Arena di sini.
Sebelum itu, Ahmad Faizal bersama Duta Malaysia di Thailand, Datuk Jojie Samuel hadir menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Thomas antara Malaysia dan India.
Ahmad Faizal berharap pemain Malaysia akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk menghadapi kejohanan akan datang.
“Kita cuba di lain siri Piala Thomas,” katanya.
Malaysia yang mengalami kemarau kejuaraan selama tiga dekad sejak kali terakhir menjuarai Piala Thomas pada 1992 di Kuala Lumpur, kalah 2-3 kepada India dalam perlawanan suku akhir di sini malam tadi.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....