Sorting by

×

Piala Rujirawongse medan perkukuh hubungan dua negara

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

BANDA HILIR 16 Ogos – Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse Edisi Ke-35 membabitkan Malaysia dan Thailand wajar dimanfaatkan sebagai medan untuk memperkukuhkan lagi hubungan pasukan keselamatan kedua-dua negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata penganjuran kejohanan itu bertujuan untuk memperkasa kekuatan, ketangkasan dan disiplin yang perlu diaplikasikan oleh setiap anggota polis dalam mempertahankan keamanan serta keselamatan.

Katanya, kejohanan itu juga dilihat mampu menjadi medium untuk saling bertukar pandangan serta mencari idea-idea baharu dalam usaha mengekalkan rantau ini sebagai zon selamat dan aman.

“Besar harapan saya agar hubungan baik antara kedua-dua buah agensi Penguatkuasa Undang-undang Asia Tenggara ini dapat dikekalkan dan berpanjangan.

“Kejohanan ini memainkan peranan yang signifikan dalam membantu pemain ragbi dalam kalangan anggota polis untuk meningkatkan kemahiran dan kecerdasan diri, sekali gus memberi perkhidmatan berkualiti kepada negara dan masyarakat.

“Saya juga yakin, dengan kunjungan Royal Thai Police (RTP) pada kali ini dapat memperkukuh aspek kerjasama dalam memelihara keselamatan dan keamanan antara kedua-dua buah negara, sekali gus mengeratkan lagi hubungan yang telah terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Ragbi Piala Rujirawongse Dk Antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dan Royal Thai Police (RTP) Bagi Edisi Ke-35 Tahun 2024 di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Leftenan Jeneral Kornchai Klayklueng mewakili Ketua Polis Diraja Thailand; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, barisan Exco dan kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

71
Kongsi :
Previous post MPJ hantar kontinjen kawad kaki Hari Kebangsaan Melaka
Next post SUKMA 2024: Skuad memanah fokus peroleh pingat
Ubah saiz-+=