Sorting by

×

Piala Malaysia: Norde jangka saingan lebih sengit di Stadium Hang Jebat

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

KUALA LUMPUR 24 Nov – Penyerang Melaka United, Sony Norde menjangkakan aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada Jumaat ini, akan berlangsung lebih sengit kerana kecenderungan pasukan lawan ‘merantai’ kelibatnya pada aksi sebelum ini.

Pemain import dari Haiti itu menganggap pemain skuad ‘The City Boys’ sentiasa mengawal ketat pergerakannya sepanjang aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Isnin lepas, sekali gus kelincahannya sangat diharapkan untuk memburu jaringan bagi membolehkan Melaka United meraih tiket ke final.

“Saya cuba membantu pasukan sebaik mungkin tetapi KL City juga bermain dengan baik. Pada separuh masa pertama, dua pemain yang sentiasa dekat dengan saya untuk kawal pergerakan, jadi situasi agak sengit juga.

“Cuma saya rasa untuk aksi di Stadium Hang Jebat nanti, mungkin akan lebih senang untuk saya dan pemain lain bagi memastikan keputusan memihak kepada kami dan seterusnya ke final,” katanya dalam kenyataan menerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Pada aksi separuh akhir pertama, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sementara itu, pemain tengah KL City Zhafri Yahya yang berjaya menyelamatkan skuad ibu kota itu daripada kekalahan menerusi tandukan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-26, tidak menolak faktor kepenatan menjadikan aksi mereka tidak seperti yang dirancang.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi sepakan percuma Adriano Narcizo pada minit kelapan.

“Kita tidak akan mengalah dan akan berjuang habis-habisan di tempat lawan nanti untuk cuba mara ke final. Di bawah kendalian Bojan Hodak, saya lihat bukan saya sahaja, malah prestasi pemain-pemain lain juga banyak meningkat dan beliau tahu kelebihan saya untuk letak di posisi terbaik,” katanya.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1904
Kongsi :
Previous post Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Pegawai TUDM Hasnol Hisham
Next post AKM 100 hari MEDAC berjaya bantu 220,248 usahawan terjejas
Ubah saiz-+=