Sorting by

×

Piala Ketua Menteri medan 5,000 atlet beraksi

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH  7 Julai – Kejohanan sukan Piala Ketua Menteri mempertandingkan lima acara sukan bakal menghimpunkan kira-kira 5,000 atlet dari semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Melaka.

Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam berkata, kejohanan Piala Ketua Menteri dijadualkan berlangsung antara Ogos dan September ini, adalah pertama kali diadakan bagi menggantikan penganjuran terdahulu.

Katanya, antara acara dipertandingkan adalah bola jaring, futsal, bola sepak, bola keranjang dan sepak takraw.

Jelasnya perasmian dan penyampaian hadiah bakal disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Pertandingan ini akan dimulakan di peringkat akar umbi di kesemua 28 DUN, sementara itu pentas akhir dijangka berlangsung di satu vanue yang sama, secara serentak akan ditentukan kelak.

“Setiap DUN dijangka menghantar 200 ke 300 wakil. Johan setiap acara sukan pula bakal menerima hadiah wang tunai RM3,000,” katanya ketika ditemui di Seri Pejabatnya di Negeri, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka, Mohd Asri Ninggal

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek berkata, selain mencungkil bakat baharu, Kejohanan Piala Ketua Menteri adalah platform terbaik untuk mengeratkan hubungan antara kaum.

“Besar hasrat untuk melihat kejohanan ini dianjurkan setiap tahun pada masa akan datang, malah menerusi penganjuran ini juga Adun kawasan dapat mendekati pengundi serta menyelami isi hati rakyat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

785
Kongsi :
Previous post Pembangunan Pulau Besar semakin rancak
Next post Padang sintetik moden, mercu tanda DUN Asahan
Ubah saiz-+=