Piala FA: Melaka United ‘lulus’ ujian pertama

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KELAB Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) menepati ramalan melepasi pusingan pertama Piala FA musim 2022 selepas menewaskan PIB FC 4-0, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Hang Jebat itu, skuad kendalian Risto Vidakovic berjaya di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Emmanuel Oti pada minit ke-11.

Ia merupakan jaringan pertama penyerang import kelahiran Ghana itu bersama skuad Hang Tuah.

Meskipun mendominasi perlawanan, keputusan separuh masa pertama hanya berkesudahan satu gol tanpa balas memihak tuan rumah.

Bersambung di babak kedua, pasukan tuan rumah seolah-olah mengganas apabila berjaya menyumbat masuk tiga lagi gol ke gawang kelab yang beraksi di Liga M3 itu.

Adriano Narcizo menambah jaringan kedua menerusi sepakan penalti pada minit ke-56.

AKSI Adriano Narcizo (kiri) bersaing dengan pemain PIB FC, Muhammad Huzaini Muhammad Ikhram (kanan) pada perlawanan Piala FA Malaysia di Stadium Hang Jebat. Foto: MR. Azli

Selepas itu, penyerang berpengalaman, Nor Shahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo menyumbat masuk dua lagi gol.

Gol-gol itu terhasil pada minit ke-60 dan 76, sekali gus melengkapkan malam gemilang Melaka United.

Kemenangan selesa itu melayakkan Melaka United meneruskan perjuangan di pusingan kedua Piala FA 2022.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4418
Kongsi :
Previous post 401 kes penyelewengan minyak masak direkod, nilai rampasan RM15.57 juta
Next post Padang ‘mini football’ bertaraf dunia ada di Melaka
Ubah saiz-+=