Piala FA: Melaka United berdepan laluan mudah
KUALA LUMPUR 24 Feb – Kelab Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) berdepan laluan mudah dalam pusingan pertama Piala FA 2022 apabila diundi menentang PIB FC dalam majlis undian, malam tadi.
Aksi pertama menentang wakil Liga M3 itu dijadual berlangsung di Stadium Hang Jebat yang dijadual pada 11 hingga 13 Mac depan.
Perlawanan tumpuan pusingan pertama Piala FA terarah kepada pertembungan di antara dua kelab Liga Super iaitu Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC.
Selain itu, pertemuan di antara Petaling Jaya City FC (PJ City FC) dengan Kelantan FC juga bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak.
Juara terbanyak Piala FA, Kedah Darul Aman FC dan Selangor FC pula bakal berdepan laluan mudah apabila masing-masing diundi menentang wakil Liga M3 Sains FC dan Harini FT.
Majlis undian bagi saingan Piala FA itu dibuat secara langsung secara dalam talian dan disiarkan di Facebook rasmi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Piala FA 2022 bakal menampilkan kesemua 12 pasukan Liga Super, tujuh pasukan Liga Premier dan 15 pasukan Liga M3.
Untuk rekod, saingan Piala FA sebelum ini terhenti selama dua musim iaitu pada musim 2020 dan 2021 ekoran penularan pandemik COVID-19.
Saingan itu mula diperkenalkan pada tahun 1990.
Keputusan undian Piala FA 2022:
Pusingan Kelayakan:
BRM FC lwn Tun Razak City FC
Bukit Tambun FC lwn Imigresen FC
Pusingan Pertama:
Selangor FC lwn Harini FT
PJ City FC lwn Kelantan FC
Sabah FC lwn Respect FC
Sri Pahang FC lwn Manjung City FC
Terengganu FC lwn Negeri Sembilan FC
Skuad Projek FAM-MSN lwn Tok Janggut Warriors
JDT lwn Pemenang aksi pusingan kelayakan satu
Kuala Lumpur City FC lwn Langkawi City FC
Kelantan United FC lwn Kinabalu Jaguar FC
Melaka United FC lwn PIB FC
PDRM FC lwn Perlis United FC
KDA FC lwn Sains FC
Perak FC lwn Kijang Rangers FC
Penang FC lwn Pemenang aksi pusingan kelayakan dua
Kuching City FC lwn UiTM FC
Sarawak United FC lwn Ultimate FC
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.