
Piala Dunia: Negara tuan rumah Qatar tewas di tangan Ecuador
AL KHOR (Qatar), 21 November – Qatar muncul negara tuan rumah Piala Dunia FIFA pertama yang kecundang dalam perlawanan pembukaan, lapor Agensi Berita Yonhap.
Tiada negara tuan rumah pernah tewas dalam perlawanan pertama sejak 1934, pada kejohanan empat tahunan itu.
Pada tahun 1970, Mexico diikat dengan keputusan seri 0-0 oleh Kesatuan Soviet.
Ecuador menundukkan Qatar dengan jaringan 2-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.
Kapten Enner Valencia menghadiahkan gol untuk Ecuador di Stadium Al Bayt di Al Khor.
Perlawanan itu disaksikan lebih 67,372 penyokong. Kebanyakan penyokong keluar meninggalkan stadium lebih awal sebelum wisel penamat.
Sasaran juara bertahan Piala Asia itu kini adalah untuk mengelak masuk ke pusingan kalah mati.
Selepas ini, Qatar akan bertemu Senegal pada Jumaat dan Belanda pada 29 Nov untuk melengkapkan peringkat kumpulan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...