
Piala Dunia 2022: Sepanyol, Jerman diundi dalam kumpulan sama
Kedua-dua pasukan itu akan berada dalam Kumpulan E bersama Jepun dan pemenang playoff sama ada Costa Rica atau New Zealand.
Sementara itu, juara dunia 2018 Perancis pula berada dalam Kumpulan D, bersama Denmark, Tunisia dan pemenang playoff antara Peru atau Australia/Emiriah Arab Bersatu.
Pada majlis undian itu maskot Qatar 2022 ‘La’eeb’ turut diperkenalkan dan juga lagu “Hayya Hayya” (Better Together).
Qatar selaku tuan rumah diundi dalam Kumpulan A dan bakal menentang Ecuador dalam perlawanan pembukaan pada 21 Nov.

Piala Dunia akan diadakan dari 21 Nov hingga 18 Dis menyaksikan 32 pasukan akan bertanding merebut piala berprestij itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...